Sunday, April 10, 2011

Kreatif..

Kumpulan ini hanya menggunakan bahan asas kotak sebagai tapak gua, dan menggunakan plastasin untuk membentuk gua. Bahan tambahan lain seperti lidi, dan daun tiruan digunakan untuk menghidupkan susana dipersekitaran gua.

Kumpulan ini pula menggunakan kotak sebagai tapak dan botol plastik digunakan sebagai bahan asas untuk membentuk gua, diikuti oleh kertas tisu untuk menutupi botol tersebut.

kerja yang kemas dan teliti. Mengambarkan suasana persekitaran sebuah rumah moden.


Rumah dalam taman.

Simple dan cantik. Menggunakan gumpalan akhbar lama untuk membentuk gua dan dikelilingi gua diletakkan beberapa ekor binatang.

Saturday, April 9, 2011

SELAMAT DATANG KE BLOG PANITIA KAJIAN TEMPATAN SKPJ

Salam 1 Malaysia...Blog panitia kajian tempatan SK Padang Jawa diwujudkan bagi memudahkan pihak guru dan murid berinteraksi pada bila-bila masa sahaja..Bagi memanfaatkan teknologi yang ada pada masa sekarang, pihak panitia berusaha untuk mempertingkatkan dan menambah baik mutu pada blog ini. Segala kekurangan dan kelemahan yang terdapat di dalam blog ini akan diperbaiki dari masa ke semasa. Teguran dan kritikan yang membina amatlah dialu-alukan.

HASIL KREATIF MURID SKPJ

Setelah 2 bulan murid diberi tugasan.....akhirnya, inilah sebahagian daripada hasil mereka......


PROJEK KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4


Contoh model sebuah penempatan awal manusia
Dalam projek ini murid dikehendaki membina sebuah model penempatan manusia secara berkumpulan. Murid  diberi 2 pilihan untuk membina model ini, sama ada model sebuah gua (penempatan awal manusia atau model sebuah rumah.Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk memenuhi kehendak didalam p&p.Murid diberi tempoh selama 2 bulan untuk menyiapkan projek ini, iaitu bermula awal Febuari sehingga awal April 2011...